Monday, May 21, 2012

KULAIJAYA 25 Julai – Dua daripada empat perompak warga Indonesia mati ditembak sejurus selepas mereka merompak rumah kepada ibu penyanyi terkenal, Asmawi Ani, 28, atau lebih dikenali Mawi di Felda Taib Andak di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi sebelum dua daripada suspek yang melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Waja ditembak mati di Ladang Fraser di sini pada pukul 12 tengah hari.

Dua penjenayah tersebut dikenali sebagai Marwa, 30, dari Batam dan Roni Aslah, 29, dari Tanjung Pinang yang juga sering keluar masuk ke negara ini.

Dalam kejadian pecah rumah itu, sembilan ahli keluarga Mawi yang berada di dalam rumah selamat.

Bagaimanapun ibu Mawi, Ramlah Sarlan, 64, cedera ringan di jari setelah terkena parang semasa perompak ingin mengambil gelang emas yang dipakainya.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, penjenayah terbabit melarikan diri setelah kehadiran mereka disedari oleh jiran-jiran yang terdengar jeritan keluarga Mawi.

“Selepas keluar dari rumah, mereka telah berpecah dua. Dua orang ditemui menaiki Proton Waja di Ladang Fraser di sini sebelum ditembak mati sementara dua lagi masih diburu polis,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Nak komen silalah komen..tapi tanggung sendiri ok..saya tak terbabit dengan komen komen anda...