JOHOR BAHRU: Polis sedang memburu tiga suspek warga asing yang dipercayai terbabit kes samun dan rompakan di negeri ini dengan menyediakan ganjaran kepada pemberi maklumat sehingga membawa kepada penahanan mereka.Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata ketiga-tiga suspek itu dipercayai terbabit dengan lebih 20 kes jenayah di bandar raya ini, Segamat dan Muar, malah dianggap berbahaya serta ganas kerana sanggup melakukan apa saja jika kemahuan mereka tidak dipenuhi.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga lelaki terbabit supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membolehkan mereka dicekup secepat mungkin.
“Pemberi maklumat berhubung lokasi suspek ini akan diberikan ganjaran. Penjenayah ini adalah antara suspek dikehendaki polis dan berbahaya kerana sanggup bertindak ganas jika mangsa enggan menurut arahan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment
Nak komen silalah komen..tapi tanggung sendiri ok..saya tak terbabit dengan komen komen anda...