Amah ‘panjang tangan’ dipenjara lapan bulan
KUALA LUMPUR 10 Ogos – Tabiat ‘panjang tangan’ seorang pembantu rumah warga Indonesia terbongkar apabila telefon bimbit milik majikannya yang dicuri terkeluar dari poket seluarnya ketika menikmati makan malam.
Kejadian tersebut berlaku pada Mei lalu iaitu selepas tujuh bulan telefon bimbit milik suami majikannya, Angeline @ Khor Chu Chwan, 57, hilang.
Bukan setakat itu sahaja, tertuduh yang hanya dikenali sebagai Aida itu turut mencuri dan menyembunyikan sebuah lagi telefon bimbit milik anak majikannya itu di bawah tikar biliknya, bulan lalu.
Hari ini, tertuduh yang berusia 27 tahun itu dihukum penjara oleh Mahkamah Majistret selama lapan bulan.
No comments:
Post a Comment
Nak komen silalah komen..tapi tanggung sendiri ok..saya tak terbabit dengan komen komen anda...