Monday, May 21, 2012

KULAIJAYA 25 Julai – Dua daripada empat perompak warga Indonesia mati ditembak sejurus selepas mereka merompak rumah kepada ibu penyanyi terkenal, Asmawi Ani, 28, atau lebih dikenali Mawi di Felda Taib Andak di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi sebelum dua daripada suspek yang melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Waja ditembak mati di Ladang Fraser di sini pada pukul 12 tengah hari.

Dua penjenayah tersebut dikenali sebagai Marwa, 30, dari Batam dan Roni Aslah, 29, dari Tanjung Pinang yang juga sering keluar masuk ke negara ini.

Dalam kejadian pecah rumah itu, sembilan ahli keluarga Mawi yang berada di dalam rumah selamat.

Bagaimanapun ibu Mawi, Ramlah Sarlan, 64, cedera ringan di jari setelah terkena parang semasa perompak ingin mengambil gelang emas yang dipakainya.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, penjenayah terbabit melarikan diri setelah kehadiran mereka disedari oleh jiran-jiran yang terdengar jeritan keluarga Mawi.

“Selepas keluar dari rumah, mereka telah berpecah dua. Dua orang ditemui menaiki Proton Waja di Ladang Fraser di sini sebelum ditembak mati sementara dua lagi masih diburu polis,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Amah ‘panjang tangan’ dipenjara lapan bulan 
KUALA LUMPUR 10 Ogos – Tabiat ‘panjang tangan’ seorang pembantu rumah warga Indonesia terbongkar apabila telefon bimbit milik majikannya yang dicuri terkeluar dari poket seluarnya ketika menikmati makan malam.

Kejadian tersebut berlaku pada Mei lalu iaitu selepas tujuh bulan telefon bimbit milik suami majikannya, Angeline @ Khor Chu Chwan, 57, hilang.

Bukan setakat itu sahaja, tertuduh yang hanya dikenali sebagai Aida itu turut mencuri dan menyembunyikan sebuah lagi telefon bimbit milik anak majikannya itu di bawah tikar biliknya, bulan lalu.

Hari ini, tertuduh yang berusia 27 tahun itu dihukum penjara oleh Mahkamah Majistret selama lapan bulan.
RAWANG 11 Ogos - Kumpulan warga Indonesia dikenali sebagai Pak Ee yang kerap melakukan jenayah samun dan rogol di Lembah Klang sejak tiga bulan lalu, hari ini tumpas setelah ditembak mati oleh polis di Jalan Bristol, berhampiran sebuah kilang simen di sini.
Mereka dikenal pasti sebagai Iskandar Hasan Malang, 37; Rifa'i, 39; Lufti, 22, dan seorang lagi suspek yang belum diketahui identitinya.
Siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam sekurang-kurangnya 15 kes samun di Lembah Klang dan terbaru rumah ahli UMNO, Datuk Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah di Shah Alam, dua bulan lalu.
SHAH ALAM 21 Ogos - Polis menembak mati dua daripada empat penjenayah warga Indonesia dikenali sebagai 'Geng Roy' yang baru dua jam melarikan diri selepas merompak sebuah rumah di Seksyen 31/78A, Kota Kemuning di sini awal pagi ini.
Pemilik rumah itu, seorang pengusaha syarikat kitar semula meninggal dunia dalam kejadian itu dipercayai akibat serangan jantung.
Kedua-dua lelaki bersenjatakan parang itu ditembak mati di Jalan Merak Kesuma, Seksyen U9, Kayangan Heights di sini kira-kira pukul 5 pagi selepas terserempak dan cuba menyerang sepasukan polis yang sedang menjalankan gerakan memburu mereka.
Seorang daripada suspek yang mati dikenali sebagai Roy dipercayai ketua kumpulan penjenayah tersebut dan seorang lagi dikenali sebagai Andre. 
Mereka berusia lingkungan 30-an dan mempunyai dokumen perjalanan yang sah.


TAWAU 21 Ogos - Polis di sini berjaya menumpaskan sindiket pecah rumah yang didalangi warga Indonesia melibatkan nilai barangan berjumlah RM50,000 setelah menangkap suspek utamanya di sini semalam.

Suspek berusia lingkungan 30-an itu diberkas dalam operasi 'Ops Pintu' yang diadakan bagi menjejaki saki baki kumpulan tersebut. Penjenayah terbabit dipercayai menjalankan kegiatan mereka sejak lapan bulan lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Deputi Supritendan Saches @ Sasis Semob berkata, selain suspek yang ditangkap, empat lelaki tempatan berusia antara 31 hingga 52 tahun turut ditahan kerana membeli barangan curi daripada kumpulan tersebut. 

"Kita merampas barangan yang dijual hasil kegiatan pecah rumah seperti barang kemas, kipas angin, amplifier, seutas jam tangan Citizen dan Rolex.

"Polis percaya dengan tertangkapnya suspek utama itu, kes pecah rumah sekitar pekan Tawau ini berjaya diselesaikan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya, orang ramai yang pernah membeli barangan curi supaya segera menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

"Jika ada pihak yang mendekati dan menawarkan barangan dengan harga yang cukup murah, itu mungkin barang curi. Salurkan maklumat kepada pihak polis dengan segera," katanya.

Tegasnya, identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan mereka yang didapati membeli barang curi boleh dikenakan hukuman sama dengan pencuri.
KUALA LUMPUR 3 Nov. - Polis menembak mati dua lelaki dipercayai penjenayah warganegara Indonesia dalam kejadian tembak menembak di sebuah lorong belakang deretan rumah kedai di Jalan 3/62D, Taman Putera, Bandar Manjalara, Kepong dekat sini, petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zin Ibrahim berkata, polis menemui sepucuk pistol jenis Lorenco buatan China yang mengandungi empat butir peluru, sepucuk pistol mainan, empat bilah parang, sebilah pisau pemotong sayur dan sebuah pemotong wayar dalam kereta lelaki terbabit.

''Kedua-dua lelaki itu berusia lingkungan 40-an, dan memandu sebuah kereta Proton Iswara yang dipercayai menggunakan pendaftaran palsu, BFQ 520.

''Pemandu kereta itu merupakan penduduk tetap manakala rakannya tidak mempunyai sebarang pengenalan diri,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut beliau, kejadian itu berlaku pada pukul 3.05 petang, ketika lima anggota polis yang menaiki sebuah kereta peronda sedang melakukan rondaan pencegahan jenayah di pusat bandar Kepong.

Katanya, mereka tiba-tiba bertembung dengan kereta berkenaan yang dalam keadaan mencurigai.

''Kereta tersebut kemudiannya terus memecut dan dikejar oleh kereta peronda sehingga tiba di sebuah kawasan rumah kedai di Taman Putera, Bandar Manjalara di Kepong,'' ujar beliau.

Mat Zin berkata, apabila tiba di sebuah lorong, kereta peronda polis itu berjaya memintas kereta tersebut.

''Salah seorang lelaki itu tiba-tiba melepaskan satu das tembakan ke arah belakang kereta peronda polis dan mengenai bahagian belakang kereta.

''Polis kemudiannya berbalas tembakan dengan dua lelaki itu dan berjaya menembak mati kedua-dua mereka,'' ujar beliau.
SEREMBAN 12 Mac - Polis berjaya melumpuhkan satu kumpulan penjenayah warga Indonesia yang paling dikehendaki setelah menembak mati salah seorang anggota mereka dan menahan seorang lagi dalam operasi khas di Plaza Tol Tangkak, Johor pagi ini.

Dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 4.45 pagi itu, penjenayah berusia 30 tahun terbabit ditembak mati semasa menyerang pasukan polis manakala rakannya ditahan kira-kira lapan jam selepas itu di dalam semak berhampiran plaza tol tersebut.

Ketua Polis Negeri, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kumpulan berkenaan amat berbahaya dan telah melakukan sekurang-kurangnya 18 kes samun serta pecah rumah di sekitar negeri ini sejak tahun lepas.

``Bagaimanapun empat lagi ahli kumpulan tersebut berjaya melarikan diri dan gerakan memburu mereka sedang giat dijalankan,'' katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Nilai di sini hari ini.

Sebelum kejadian menurutnya, kumpulan penjenayah berkenaan telah merompak sebuah rumah di Bukit Kadir, Nilai kira-kira pukul 3.30 pagi ini dan melarikan sebuah van, barangan kemas bernilai RM10,000 serta wang tunai RM3,000.
SHAH ALAM 9 Sept. - Polis menembak mati dua lelaki warga Indonesia yang menculik seorang wanita ketika cuba menyamun sebuah keluarga di Seksyen 13 Shah Alam hari ini.
Mangsa culik yang berusia 41 tahun meninggal dunia di sebuah hospital di Subang Jaya pukul 9.30 pagi akibat cedera parah setelah dikelar oleh penjenayah terbabit di beberapa bahagian anggota badannya.
Polis bertindak menyerbu bilik tempat kedua-dua penjenayah mengurung mangsa kira-kira pukul 8.20 pagi ini dan menembak mati mereka.
Tindakan nekad polis itu dilakukan setelah mendapati mereka enggan berunding dan bertindak ganas serta membakar bilik berkenaan.
Sementara itu, dua lagi lelaki anggota kumpulan berkenaan yang juga warga Indonesia berjaya diberkas polis ketika mereka tiba di rumah mangsa kira-kira pukul 4.50 pagi. - Utusan

SEREMBAN 16 Nov. – Empat penjenayah warga Indonesia yang diburu polis kerana terlibat kes samun dan rompakan bersenjata ditembak mati dalam satu kejadian di Jalan Seremban-Labu di sini pagi ini.
Mereka dipercayai terlibat dengan 24 kes samun di sekitar Seremban, Nilai, Labu, Mantin, Selangor dan Melaka pada tahun ini, selain rompakan bersenjata di Selangor serta Melaka.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, keempat-empat mereka yang menaiki kereta Proton Satria bertindak menyerang polis dengan parang menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri pada pukul 6 pagi di kawasan tersebut.
Menurutnya, 10 das tembakan dilepaskan mengenai kesemua penjenayah yang berusia 20-an itu yang juga didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
“Pergerakan kumpulan penjenayah itu telah diintip di kawasan tersebut sejak awal lagi dan apabila menyedari kehadiran polis, mereka cuba memboloskan diri tetapi terbabas kerana kereta mereka merempuh pembahagi jalan di kawasan tersebut.
“Ketika itulah mereka keluar dari kereta untuk menyerang polis menyebabkan polis terpaksa bertindak balas.
“Kita memang memburu mereka dari dulu lagi dan akan meminta bantuan polis antarabangsa (Interpol) untuk mengetahui sama ada mereka merupakan penjenayah bermusim di Indonesia,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Osman memberitahu, semua mayat suspek dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat.
Beliau berkata, siasatan juga mendapati Proton Satria nombor pendaftaran JEE 1396 itu adalah kenderaan curi, selain itu polis turut merampas tiga bilah parang, pisau, pemotong besi, pemutar skru, mesin ketam elektrik dan masing-masing sebuah komputer riba, telefon bimbit serta kamera digital. 
Jelasnya, polis turut menemui dadah jenis syabu dan pil eramin 5 dalam kereta dan pada mayat penjenayah terbabit.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin, 1,984 warga INDONESIA tebabit dalam kes jenayah pada tahun 2007.

"Polis memandang serius penglibatan warga asing termasuk rakyat INDONESIA dalam kes jenayah di negara ini. Kita tidak akan berkompromi dengan warga asing terbabit dalam kes jenayah tanpa mengira negara asal mereka," ujar beliau.

Statistik Pasukan Polis Diraja Malaysia mencatatkan 1,849 kes jenayah sepanjang tahun 2008. Warga INDONESIA mencatatkan penglibatan tertinggi. 1,073 atau 58% daripada jumlah kes terbabit.

8 September 2008, polis menembak mati 2 penjenayah INDONESIA dilapor menculik wanita berusia 41 tahun di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Wanita terbabit meninggal dunia akibat parah dikelar menggunakan senjata tajam.

Dalam kejadian berasingan, 2 penjenayah INDONESIA ditembak mati selepas mereka menculik pemandu lori membawa gelung tembaga di Shah Alam pada awal tahun 2008. Tembakan polis tepat mengena kepala dan dada penjenayah terbabit sewaktu mereka cuba menyerang pihak berkuasa menggunakan parang. Saya kongsikan gambar mayat seorang daripada mereka bersama anda. Mereka dilapor memiliki 15 rekod jenayah lampau.

Semalam kerajaan INDONESIA memberhentikan penghantaran pembantu rumah mereka ke Malaysia buat sementara waktu. Negara jiran itu menuntut kerajaan Malaysia menjamin keselamatan dan melindungi pembantu rumah warga INDONESIA berkerja di negara kita berikutan beberapa kes penderaan berlaku sebelum ini.

Persoalannya, adakah kerajaan INDONESIA mampu menjamin keselamatan rakyat Malaysia bermaustautin di negara sendiri daripada kekejaman penjenayah warga negara mereka?

Setakat ini, jawabannya TIDAK.
JOHOR BAHRU: Polis sedang memburu tiga suspek warga asing yang dipercayai terbabit kes samun dan rompakan di negeri ini dengan menyediakan ganjaran kepada pemberi maklumat sehingga membawa kepada penahanan mereka.Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata ketiga-tiga suspek itu dipercayai terbabit dengan lebih 20 kes jenayah di bandar raya ini, Segamat dan Muar, malah dianggap berbahaya serta ganas kerana sanggup melakukan apa saja jika kemahuan mereka tidak dipenuhi.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga lelaki terbabit supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membolehkan mereka dicekup secepat mungkin.
“Pemberi maklumat berhubung lokasi suspek ini akan diberikan ganjaran. Penjenayah ini adalah antara suspek dikehendaki polis dan berbahaya kerana sanggup bertindak ganas jika mangsa enggan menurut arahan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Media Indonesia

Hairan dengan sikap Media Indonesia, yang mengagungkan mereka kononnya telus dan bebas....Tapi kita warga Malaysia, sedar atau tidak,mereka seringkali mencetuskan isu yang memburukkan negara kita dikalangan warganya, di tambah sikap ahli Politik mereka yang meraih dan menjaja pelbagai isu yang langsung tidak benar tentang negara kita..Lagi memalukan apabila terdapat segelintir warga kita sendiri yang menyokong pendirian ahli politik disana, Blog ini bukanlah bertujuan mengeruhkan hubungan antara warga Malaysia dan Indonesia, tetapi ingin memaparkan bahawa begitu banyak kes kes jenayah yang dilakukan oleh warga Indonesia di Malaysia.. Ini bukanlah bermaksud warga Indonesia semuanya jahat tetapi segelintir mereka yang masuk ke Malaysia telah melakukan pelbagai perkara yang kejam, seperti membunuh , merompak, merogol dan lain2 tetapi MEDIA Indonesia hanya memejamkan mata dan hanya memaparkan perkara yang buruk mengenai Malaysia. Mari kita sama2 mengumpulkan semua kes kes perilaku dan jenayah warga mereka di Malaysia supaya dapat menyedarkan segelintir warga mereka yang asyik meyalahkan Malaysia supaya sedar realiti yang sebenar bagaimana kehidupan kita terancam dengan jenayah samun, rompakan dan pelbagai lagi oleh warga Mereka... juga supaya Media Indonesia dapat bersikap telus, dan bukan hanya mendabik dada kononnya mereka media yang bebas..tapi sebenarnya musang berbulu ayam....cantik diluar tapi busuk didalam... adiosss


KELANA JAYA – Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah Abd. Samad, 61, kerugian hampir RM50,000 apabila satu set barang kemas bertatah berlian milik anak perempuannya lesap bersama amah warga Indonesia semalam.
Amah yang dikenali sebagai Lis itu disedari hilang pada pukul 3 petang sejurus Azizah sampai di rumah teres dua tingkat miliknya di SS7/4 di sini bersama anaknya, Zalilawati Osman, 33.
Lis yang berusia 29 tahun berasal dari Surabaya.
Menceritakan kejadian itu, Azizah berkata, sebaik sampai di rumah, beliau mendapati amah yang baru 21 hari bekerja dengannya sudah tiada di rumah.
Kata wanita itu, khuatir dengan kehilangan tersebut, Zalilawati memeriksa biliknya di tingkat atas dan terkejut mendapati set barang kemas yang disimpan dalam laci hilang.
“Sejak bekerja, Lis tidak menunjukkan sebarang kelakuan mencurigakan malah dia cekap melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan mengemas.
“Semalam (kelmarin) Lis memberitahu dia rindu keluarganya di Surabaya dan hari ini (semalam) saya tidak sangka Lis melarikan diri bersama berlian anak saya,” kata Azizah ketika ditemui di rumahnya di sini.

Sumber : Kosmo